Perak, Kedah tidak patriotik - Ada Penjelasan Sik?

View previous topic View next topic Go down

Perak, Kedah tidak patriotik - Ada Penjelasan Sik?

Post  Admin on Fri Dec 19, 2008 11:49 am

Perak, Kedah tidak patriotik - Ada Penjelasan Sik?

Oleh AMIRAH AMALY SYAFAAT
BANGI 15 Dis. - Kerajaan campuran Perak dan Kedah dibidas kerana tidak mempercayai kereta keluaran tempatan iaitu Proton Perdana V6 Executive yang digunakan sebagai kenderaan rasmi, sebaliknya lebih senang dengan kereta import.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedua-dua kerajaan pakatan pembangkang itu sepatutnya berbangga dengan produk tempatan kerana mereka adalah sebahagian daripada rakyat negara ini.

Menurutnya, kerajaan pakatan pembangkang mempunyai alasan tersendiri untuk menolak penggunaan kereta Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi tetapi hakikatnya mereka tidak mahu menyokong projek kerajaan Persekutuan.

''Jangan jadikan kos penyelenggaraan yang tinggi sebagai alasan kerana sudah jelas mereka bukan di kalangan pemimpin yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Sebaliknya, lebih mempercayai kereta keluaran asing berbanding sendiri," katanya selepas merasmikan Kursus Pembangunan dan Pengurusan Zakat Antarabangsa 2008 di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai keputusan kerajaan negeri Perak menggunakan kereta Toyota Camry 2.4 bagi menggantikan Proton Perdana V6 Executive sebagai kenderaan rasmi Exco dan pegawai kanan kerajaan.

Kedah juga dilaporkan akan mengikut langkah kerajaan campuran Perak menggantikan kereta Proton Perdana V6 Excecutive dengan jenama lain sekiranya keadaan kewangan mengizinkan.

Ahmad Zahid memberitahu, apa yang dilakukan parti pembangkang itu hanya untuk mencari kelainan bagi membezakan mereka dengan kerajaan Persekutuan.

''Buat apa nak beza-beza. Rakyat sudah tahu bahawa keputusan mereka untuk membeli kereta import adalah bersifat membazir terutama semasa negara berdepan dengan krisis ekonomi global," ujarnya.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa pendapat kitakorg Pasal Isu tok?? Di Semenanjung Hebat sidak BN nganok PR sik Patriotik.. Tapi di Sarawak Apa Cerita?? BMW, Mercedez, Roll Royce berpa rega? Buy 1 free 1 ka?? Betol2 la BN tok NUKUK palak dirik ke dinding..
Yang Hebat nya BMW, MERC, ROLL ROYCE dapat dibeli.. tp Rakyat sampey Masuk tv3 Makan Siput Babi g apa cerita???

So, Ada apa2 ulasan sik berkenaan cerita tok? Pembaziran Melampau dah Tok. Biarpun Sarawak Bakal Jadi Negeri PALING kay 2030. tp Bukan Rakyat nya.. yang kaya.. PERCAYALAH>> MUN CAMTOK KEADAANNYA SIK BERUBAH..

Wassalam..............

P/s Bukan nya pa, rakyat sarawak dah jelas sik terbela semua nya masuk poket baruk jalan. realiti byk berlaku.. cuba la buat survey mun sik cayak.....
avatar
Admin
Admin

Posts : 13
Join date : 2008-12-19
Age : 32
Location : Kuching, Sarawak

View user profile http://kuchingtalk.forumotion.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum